Thursday, March 25, 2010

buat insan bernama perempuan

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim...

kepada saudariku yang cantik budiman, ingin aku katakan bahawa sesungguhnya kamu mempunyai aset termahal di dunia ini. barangkali kamu tidak menyedarinya. biar aku ceritakan;

aku suka sekali mendengar suaramu yang lembut, manja dan merdu itu kerana ia sangat membuai perasaanku.

wajahmu yang cantik menawan beserta rambutmu yang mengurai lembut membuatkan hati ini tak mampu menahan gejolaknya.

bentuk tubuh badanmu yang mulur membuatkan mata ini tak berhenti memandang.

namun untuk menjadi hiasan yang termahal umpama berlian di kota Swiss kau tak perlu lunakkan suaramu padaku kerana aku tahu akan hakikat itu.

kau juga tak perlu mempamerkan kejelitaan rambutmu kerana aku tak mahu membeli 'permata' murahan yang dipamerkan di pasar-pasar yang akan pudar gemerlapannya saban hari.

aku tak mahu engkau menyingkap rahsia keindahan tubuhmu kerana aku takut ramai yang akan menyentuhmu dan pergi setelah keindahan itu dinikmati.

sesungguhnya peliharalah dirimu supaya kau akan tetap menjadi permata terindah tersimpan rapi di dalam bekas baldu menanti pembeli yang sentiasa inginkan kilauan yang bergemerlapan dari dirimu.......