bila engkau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
bila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka,
ALLAH telah mengira titis airmatamu.
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH tetap bersamamu.
bila engkau kebuntuan akal,
maka ALLAH adalah penunjuk jalan.
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakkal lah kepada ALLAH.
Sunday, October 25, 2009
antara 2 cinta
ya ALLAH...
jika aku rindu...
rindukan lah aku pada seseorang yang mengingatkan aku untuk syahid di jalan-Mu...
ya ALLAH...
jika aku rindu...
janganlah rindu ku itu tidak lalai juga dari merindui syurga-Mu...
ya ALLAH...
jika aku menikmati cinta fitrah kekasih kurniaan-Mu...
janganlah kenikmatan itu lebih dari nikmat indahnya beribadat kepada-Mu...
jika kau halalkan aku untuk merindui kekasih yang terjodoh dari-Mu...
jangan biar aku melepasi batas sehingga lupa pada Cinta Hakiki dan Rindu Abdi hanya kepada-Mu...
jika aku rindu...
rindukan lah aku pada seseorang yang mengingatkan aku untuk syahid di jalan-Mu...
ya ALLAH...
jika aku rindu...
janganlah rindu ku itu tidak lalai juga dari merindui syurga-Mu...
ya ALLAH...
jika aku menikmati cinta fitrah kekasih kurniaan-Mu...
janganlah kenikmatan itu lebih dari nikmat indahnya beribadat kepada-Mu...
jika kau halalkan aku untuk merindui kekasih yang terjodoh dari-Mu...
jangan biar aku melepasi batas sehingga lupa pada Cinta Hakiki dan Rindu Abdi hanya kepada-Mu...
mutiara kata 5
"wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. sesungguhnya ALLAH Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. sungguh, Dia lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"
mutiara kata 4
kata Luqman al-Hakim:
"hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam didalamnya. bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman, dan layarnya Tawakkal kepada ALLAH"
"hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam didalamnya. bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman, dan layarnya Tawakkal kepada ALLAH"
senyum :)
senyumlah walau disaat hatimu menangis
kerana senyumlah yang dapat membuatkan hati kelam menjadi ceria
seceria senyuman yang terukir
senyumlah sepuasmu
kerana senyum itu sedekah yang paling mudah
dan itulah sunnah ;)
kerana senyumlah yang dapat membuatkan hati kelam menjadi ceria
seceria senyuman yang terukir
senyumlah sepuasmu
kerana senyum itu sedekah yang paling mudah
dan itulah sunnah ;)
mampukah aku?
mampukah ku bertahan....
mampukah ku teruskan....
perjalanan yang masih jauh ini....
ya ALLAH...
selamatkanlah hambamu ini...
hamba mu yang kerdil & lemah ini...
mampukah ku teruskan....
perjalanan yang masih jauh ini....
ya ALLAH...
selamatkanlah hambamu ini...
hamba mu yang kerdil & lemah ini...
Saturday, October 24, 2009
mutiara kata 3
"tidak sempurna iman kamu sekiranya kamu tidak mengasihi orang lain sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri"
mutiara kata 1
ketahuilah, sebelum ALLAH nak memberi kita sesuatu yang baik itu, Dia akan menguji kita dengan sesuatu yang paling susah ;)
cinta: apabila Fitrah menjadi Anugerah...
cinta adalah fitrah semulajadi
rasa cinta bertandang dalam jiwa tanpa diundang. keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. walaupun ada sesetengah orang yang mempunyai pendapat yang berlainan (seperti saya juga, suatu ketika dahulu), namun hakikatnya sudah lumrah ketentuan ALLAH, lelaki menginginkan cinta wanita dan begitu jugalah sebaliknya. walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ajaib itu datang juga. tiada kuasa dan tiada daya kita sebagai hamba ALLAH yang lemah ini untuk menolaknya, apatah lagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. seperti sejarah apabila nabi Adam diciptakan, walau seindah dan sedamai mana pun syurga ciptaan ALLAH, namun dalam kesunyian nabi Adam tetap perlukan teman. lalu ALLAH menciptakan Hawa dari tulang rusuknya. dan kita, sebagai anak cucu pewaris rasa cinta itu, hakikatnya sentiasa akan rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang tercinta.rasa cinta adalah fitrah semulajadi yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia. ingin mencintai dan dicintai adalah satu kurniaan Ilahi dan nikmat-Nya yang tersangat indah. sedar atau tidak sedar, jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. namun ALLAH tidak mengurniakan rasa cinta begitu sahaja. dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaan cinta itu sendiri.
cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan cinta yang telah ditetapkan ALLAH. ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah. apabila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
mengapa perlu ada peraturan cinta?
jawabnya, kerana ALLAH mencintai manusia. ALLAH inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan banyak membawa implikasi negatif dalam kehidupan. cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan, dan keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak pernah kekal bertahan lama.hubungan cinta jangan dicemari dengan tindakan yang melanggar syariat. lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. seteguk kita minum dari "kendi" cinta terlarang, racunnya akan meresap dan membunuh akal, jiwa dan perasaan. pada ketika itu, cinta dikatakan buta. maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintanya. lupalah diri kepada Maha Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
cuba kita bayangkan, bagaimanakah perasaannya, jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diterima, sehingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
mengawal diri daripada cinta terlarang
peraturan cinta bagaikan tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan.apakah peraturan dalam bercinta? hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada ALLAH. ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH swt. ALLAH memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada-Nya. cintailah sesiapa pun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH. soalnya bagaimana? iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seseorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.
oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana ALLAH. hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali.
ketahuilah, ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan tersangat banyak keindahannya. bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, insya-ALLAH~ ;) .. cinta pasangan suami dan isteri yang didasarkan kepada ALLAH akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta~! ketika itulah Fitrah menjadi Anugerah....
*p/s: dipetik dari sebuah majalah..dan diambil dari laman web iLuvislam.com...sebagai peringatan kepada semua, dan juga kepada diri saya sendiri ;) .. ada satu persoalan yang masih menjadi persoalan di hati...cinta datang sekali, atau berkali-kali?
Friday, October 23, 2009
introduction
assalamualaikum wbt
akhirnya aku ader gak blog
selama ni hanya suka baca blog orang jer
dan suka gak baca cerita2 atau luahan2 perasaan diorg dalam blog
so, ni hanya sekadar untuk mencuba jer
kalo agak2 xbest nnt, maka akan terdelete lah blog ni :P
salam perkenalan, dunia blog ;) ~
akhirnya aku ader gak blog
selama ni hanya suka baca blog orang jer
dan suka gak baca cerita2 atau luahan2 perasaan diorg dalam blog
so, ni hanya sekadar untuk mencuba jer
kalo agak2 xbest nnt, maka akan terdelete lah blog ni :P
salam perkenalan, dunia blog ;) ~
Subscribe to:
Posts (Atom)



